Saturday 5 May 2012

umno dan pas kepimpinan islam sebenar sekadar mimpi...




matlamat yang sama

persamaan kedua parti ini sudah pun semakin hampir dengan agendanya, iaitu KUASA semata-mata. mungkin anda akan merasakan kenyataan ini terlalu BODOH untuk diterima oleh mereka-mereka yang mempunyai akal yang lembab lagi dungu. 

ini kerana setiap detik dan saat mereka hanya dikaburkan dengan cerita-cerita atau wadah-wadah yang KONONNYA ingin memperjuangkan/membela nasib mereka dan akan memberikan kesenangan/keselesaan, hakikatnya dusta semata-mata.

apa yang kita perolehi sekarang sudah sememangnya hak kita sebagai warganegara ini, dan sewajarnya kita mendapat lebih baik lagi. hidup seharian kita perlu dipermudahkan oleh kepimpinan kerana tanggungjawabnya sebagai pemimpin. 

penyatuan/penggabungan
 
mereka-mereka yang menolak penggabungan/penyatuan diantara UMNO dan PAS diperingkat akar umbi ini masih tiada pengetahuan berkaitan politik sebenarnya, apa yang mereka tahu hanya saling salah menyalahi sesama sendiri. 

BUTAKAH anda untuk melihat, yang mereka juga saling BERSEKUTU dengan bangsa/agama lain tetapi didalam bicara perjuangannya mahu memperjuangkan agama dan bangsa, MAMPUKAH TERCAPAI dengan jayanya? inilah yang dinamakan "kekarutan yang diangani oleh kita, untuk menjayakan agenda mereka".

lupakah mereka yang islam itu BERSAUDARA?, islam itu terlalu SUCI mengapa perlu dikotori dengan CACIAN/MAKIAN sesama sendiri? "buang yang keruh, ambil yang jernih" ini yang sepatutnya mereka lakukan dalam mencari/mencapai kejayaan dalam perjuangan kearah kebenaran.

"jika kesedaran kita masih diawangan, ini mungkin akan kekal sebagai angan-angan"

"kepimpinan islam sebenar sekadar mimpi"

1malaysia takbirrr...




No comments:

Post a Comment