Sunday 6 May 2012

manifesto selangor terkini...


Pendangan dari insan cemerlang - New vision untuk ganti negeri maju 2005 -2020

1) KPI setiap jabatan dalam kerajaan negeri kena revisit dan matching dengan new vision dengan menubuhkan badan pemantauan untuk pencapaian setiap quarter (tak payah lah bagi penyapu lagi...tak masuk akal betul...)
2) Pembangunan infrastruktur yang komprehensif dan penambaikan untuk yang sedia ada dengan menekankan pembangunan ekonomi bumiputera dan kaum india dengan matlamat kesamarataan dalam penguasaan ekonomi.
3) Pembangunan modal insan secara lebih tersusun dengan menekankan jatidiri disetiap pelosok kampung dan bandar menggunakan infrastruktur yang sedia ada seperti balairaya, surau, masjid, pusat kecemerlangan, pusat sukan, RTC, dewan orang ramai dll dan penglibatan yang lebih mesra rakyat oleh ketua kampung dan imam (jangan duduk rumah sign borang dan baca doa kat masjid jer) untuk peringkat dewasa dan cikgu-cikgu berperanan lebih aggresif untuk peringkat sekolah.

Kerajaan perlu menyediakan guideline untuk setiap program untuk menyokong visi yang telah dipersetujui bersama. Kesimpulannya 3 elemen penting iaitu infrastruktur untuk penambahbaikan ekonomi, modal insan selaras dengan rukunegara dan pemantauan dengan visi yang jelas. Pentingnya komunikasi kerajaan dengan rakyat melalui media yang lebih berkesan selain dari media cetak dan siber, setiap notice board di surau, masjid, balai raya perlu dimaksimumkan penggunaan dengan mendidik jawatankuasa melalui program terancang dan dipantau pencapaiannya. Perlu dingat kesan penerimaan oleh golongan muda dan tua yang berbeza. Semua ni perlukan kepimpinan yang ditambahbaik dari semasa kesemasa dengan mewujudkan program dan jawatankuasa pemantau yang berkesan untuk setiap ADUN (tak perlu tunggu masuk mahkamah atau wakil rakyat mati untuk menukar pemimpin yang tidak berintegriti).

Perkataan manifesto ni kena tukar laaa.. tak ada inovasi langsung maklum laa semuanya dah tua-tua kannn..... cuba yang ini

1) Visi
2) Misi
3) Nilai bersama (Shared value)
4) objektif dan target
5) program.

Cadangan ini idea sahaja..tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati tetapi dengan semangat...HIDUP ISLAM & MELAYU.......

1malaysia takbirrr.....

No comments:

Post a Comment