konvoi kwtk & pemuda tg karang ke putrajaya - himpunan jutaan belia 2012...
Tuesday, 29 May 2012
Sunday, 6 May 2012
islam musnah melayu hancur...
permainan duniawi perjuangan kearah kehancuran -
penolakkan penyatuan yang amat baik untuk bergabung jika kita kaitkan dengan cerita
segelintir melayu jahat & segelintir cina baik..
dari satu aspek ianya amat benar sekali bila dikaitkan untuk penolakkan tersebut, tetapi jika
kita kaitkan dari aspek yang lain adakah ianya akan menghasilkan persamaan berikut..???
jawapannya TIDAK sama sekali...
mengaitkan sesuatu yang nisbahnya cukup sedikit untuk dijadikan panduan dalam
penyatuan ummah, maaflah kepada mereka yang masih tidak celik dalam agenda
perjuangan, saya sama sekali tidak setuju...
umno & pas wajib bersatu demi mencapai matlamat sistem negara islam sebenar &
menguatkan semangat kemelayuan itu sendiri... zaman kini rakyat menjadi juri kepada
pemimpin yang korup, mengapa tidak kita saja yang menolak pemimpin korup dari kedua
belah parti ini...
untuk apa seluruh didalam parti umno mahupun pas dipersalahkan sedangkan ianya
berpunca dari segelintir yang sememangnya busuk... kita adalah saudara maaf jika
pandangan saya ini mencuit hati saudara...
zaman dahulu kita sebagai rakyat tidak mampu menjadi juri dimana serba serbinya dari segi info/maklumat terlalu berkurangan,
tetapi sebaliknya dizaman ini... salah ke saya memberi
pandangan sebegini..??? saya amat sayangkan agama,
bangsa & negara, saya juga yakin kita semua amat
menyayanginya...
"umno love pas = pas love umno"
"islam love islam + melayu love melayu"
1malaysia takbirrr.....
manifesto selangor terkini...
Pendangan dari insan cemerlang - New vision untuk ganti negeri maju 2005 -2020
1) KPI setiap jabatan dalam kerajaan negeri kena revisit dan matching dengan new vision dengan menubuhkan badan pemantauan untuk pencapaian setiap quarter (tak payah lah bagi penyapu lagi...tak masuk akal betul...)
2) Pembangunan infrastruktur yang komprehensif dan penambaikan untuk yang sedia ada dengan menekankan pembangunan ekonomi bumiputera dan kaum india dengan matlamat kesamarataan dalam penguasaan ekonomi.
3) Pembangunan modal insan secara lebih tersusun dengan menekankan jatidiri disetiap pelosok kampung dan bandar menggunakan infrastruktur yang sedia ada seperti balairaya, surau, masjid, pusat kecemerlangan, pusat sukan, RTC, dewan orang ramai dll dan penglibatan yang lebih mesra rakyat oleh ketua kampung dan imam (jangan duduk rumah sign borang dan baca doa kat masjid jer) untuk peringkat dewasa dan cikgu-cikgu berperanan lebih aggresif untuk peringkat sekolah.
Kerajaan perlu menyediakan guideline untuk setiap program untuk menyokong visi yang telah dipersetujui bersama. Kesimpulannya 3 elemen penting iaitu infrastruktur untuk penambahbaikan ekonomi, modal insan selaras dengan rukunegara dan pemantauan dengan visi yang jelas. Pentingnya komunikasi kerajaan dengan rakyat melalui media yang lebih berkesan selain dari media cetak dan siber, setiap notice board di surau, masjid, balai raya perlu dimaksimumkan penggunaan dengan mendidik jawatankuasa melalui program terancang dan dipantau pencapaiannya. Perlu dingat kesan penerimaan oleh golongan muda dan tua yang berbeza. Semua ni perlukan kepimpinan yang ditambahbaik dari semasa kesemasa dengan mewujudkan program dan jawatankuasa pemantau yang berkesan untuk setiap ADUN (tak perlu tunggu masuk mahkamah atau wakil rakyat mati untuk menukar pemimpin yang tidak berintegriti).
Perkataan manifesto ni kena tukar laaa.. tak ada inovasi langsung maklum laa semuanya dah tua-tua kannn..... cuba yang ini
1) Visi
2) Misi
3) Nilai bersama (Shared value)
4) objektif dan target
5) program.
Cadangan ini idea sahaja..tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati tetapi dengan semangat...HIDUP ISLAM & MELAYU.......
1malaysia takbirrr.....
Saturday, 5 May 2012
darah bersih 3.0 mengalir deras - fais al-hajari
BERSIH 3.0 - Seminggu berlalu, namun darahnya masih mengalir...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diam tak diam, seminggu sudah berlalu. Tarikh 428 kekal menjadi antara lembaran penting dalam sejarah demokrasi negara. Tarikh itu menjadi saksi buat kali keduanya rakyat Malaysia berbilang kaum, keturunan dan agama turun beramai2 atas satu tujuan, dibawah naungan satu warna iaitu kuning - melambangkan solidariti rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu - demi menuntut penambahbaikan dan reformasi dalam sistem pilihanraya umum negara seterusnya SPR itu sendiri. Dan kali ini, gelora dan gelombang itu jauh lebih besar dan lebih aman - sebelum peristiwa2 tragis yang terjadi lantaran provokasi pihak2 tertentu.
Hari ni, dengan semangat kuning (aku mengenakan baju BERSIH bertulisan jawi hari ni), aku mengambil ruang dan peluang sementara ke pasar Chow Kit tadi untuk menyusuri lembaran sejarah, melewati tempat2 yang menjadi saksi kebangkitan rakyat menentang tirani dan kebejatan sistem pemilihan kerajaan negara kita ini sambil memuhasabah diri.
Dengan menaiki motosikal, aku bergerak menuju dari rumah ke destinasi pertama aku iaitu ke Dataran Merdeka - tempat yang menjadi keramat sepanjang bulan April ini. Masa aku datang tadi, Dataran ditutup laluannya kepada org ramai. Tak tau la pulak kalau lepas tu depa bukak balik ke halangan tu whatsoever tapi inilah bukti jelas betapa TIDAK ADA MASALAH PUN KALAU DATARAN MERDEKA ITU DIBENARGUNA UNTUK TUJUAN DUDUK BANTAH - sebab tanpa sebarang alasan pun, Dataran Merdeka tetap ditutup daripada dilalui oleh orang ramai. Jadi, alasan bahawa DUDUK BANTAH itu akan menyebabkan ekonomi runtuh ke KL sesak ke apa ke adalah alasan BODOH semata2.
Aku bergerak menuju ke arah tempat aku berdiri membentuk ribat masa BERSIH haritu, iaitu di penjuru belah kanan betul2 sebelah dengan bangunan Mahkamah. Aku teringat balik masa BERSIH 3.0 peristiwa aku halau siput babi tapi tak mampu buat apa2 untuk halang depa menyerbu masuk dan buat haru biru. Masih terbayang depan mata aku kala aku cuba bergerak ke arah polis untuk menghalang para peserta daripada menyerbu ke dataran. Kat sini, aku teringat satu perkara - demonstran sejati teragak2 untuk melangkah ke dataran, terutamanya melihat polis tidak memberi laluan tetapi ada segelintir puak - sama ada preman atau pakai baju kuning bergelang kuning kat tangan - terus je meluru seolah2 depa tau apa yang depa nak buat lepas tu. Lamunan aku tersentak bila aku ditegur oleh sorg pelancong (yang kemudiannya selepas berkenalan, dia merupakan warga Scotland dan dia ada masa BERSIH 3.0) menanyakan sama ada aku ada masa BERSIH 3.0 - sebab dia tengok baju BERSIH yang aku pakai. Pelancong tersebut, bernama McKenna, kemudian menyatakan satu ayat yang amat aku tak leh lupa, "never in my life, i witness loads of people from different kinds and backgrounds united for one cause and one voice, which i truly admire."
Thanks for that, lad.
Puas aku lepak ke situ, aku bergerak ke area bangunan OCBC melalui Jalan Tun Perak kemudian aku patah masuk Lebuh Ampang sebelum tiba ke Dataran Maybank. Masih terbayang lagi selautan manusia yang memenuhi setiap inci tar yang memermaidanikan jalanan di situ. Penuh manusia hinggakan tiada ruang untuk aku duduk! Pelbagai bangsa masa itu bersatu dalam suasana harmoni, menyanyikan lagu2 patriotik dan folk songs, bahkan ketika 2 black maria polis melalui orang ramai di situ, mereka diraikan dengan tepukan dan sorakan membodek - bodek supaya polis bagi masuk Dataran.
Masih terasa lagi betapa sesak dan seksanya melarikan diri daripada tembakan teag gas bertalu2 oleh polis yang jelas melanggar SOP - terus menembak walaupun jelas para peserta sedang beredar dalam keadaan sempit dan padat. Masih terbayang di depan mata aku 2 orang demonstran amoi cina mengalami sesak nafas yang kronik sehingga terpaksa ditampu tinggi untuk mendapatkan udara. Masih aku ternampak tembakan teag gas mengenai bangunan2 di sekitar Jalan Tun Perak itu dan terngiang2 lagi kalimah takbir yang dilaungkan - persis sedang berperang.
Timbul persoalan - apakah kami ini membahayakan negara sedangkan kami ini sendiri rakyat negara ini? Atau kami ini sebenarnya membahayakan puak2 pengotor?
Perjalanan aku diteruskan lagi - menuju ke kawasan paling panas sepanjang BERSIH 3.0 iaitu Sogo. Selepas meletakkan motosikal aku kat Pertama, aku berjalan kaki menuju ke "tempat itu" - tempatnya dimana kereta polis itu merempuh peserta BERSIH hingga menyebabkan kecederaan parah dan menjadi mainan media untuk beberapa ketika hasil daripada pembelasahan yang diterima oleh wartawan Al Hijrah. Masih nampak kesan langgaran kereta itu walaupun tiada lagi darah yang berbekas di atas batuan jalan. Aku kemudian diberitahu oleh seorg pengawal keselamatan Sogo berbangsa bangladesh, Feroz yang kesan darah itu dicuci pada esok harinya oleh cleaner2 Sogo, cuma depa tak leh buat apa mengenai kesan langgaran kat dinding tangga Sogo tu. Dia yang ada kat dalam bangunan Sogo itu memberitahu keadaan masa tu memang kelam kabut, dan memang mengerikan apabila melihat beberapa orang melambung dilanggar kereta tersebut.
"Apa mereka mahu buat? Ini orang semua tada kacau orang. Kita pun ada bisnis bila itu polis sudah suruh tutup." Katanya. Aku tanya soalan nakal, "itu goverment tara kasi u IC ka Feroz?" Dia cuma gelak. Gelak ada makna kot.
Kemudian aku pun bergerak dari situ menuju ke destinasi aku iaitu Chow Kit untuk meneruskan rutin.
Kesimpulan yang aku dapat dari perjalanan aku ini? Inilah perjalanan yang telah ditempuhi oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang cakna dan peka demi menuntut hak depa, iaitu PILIHANRAYA YANG TELUS, ADIL DAN BEBAS SERTA BERSIH. Itu sahaja. Siapa menang atau kalah PRU itu nanti, itu belakang cerita. Allah yang menentukan. Yang penting, padang permainan hendaklah dan mestilah sama rata.
Inilah perjalanan depa - bermandikan peluh dan keringat, serta air mata dan darah demi menuntut hak depa bersama. Ada yang datang demi untuk menuntut masa depan negara yang lebih selamat dari ancaman radioaktif. Ada juga yang berkumpul demi menyelamatkan hak2 warga Felda. Walau apa pun tujuannya, matlamatnya adalah sama - iaitu UNTUK MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH BAIK UNTUK GENERASI AKAN DATANG. Apakah ini boleh dikategorikan sebagai pengganas? Perusuh? Ingin menggulingkan negara? Sampai sekarang aku menggelengkan kepala melihat kebodohan puak2 ini. Sejak BERSIH 2.0 lagi! "BERSIH bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN". Bila masa?
Ataupun memang benar, pilihanraya umum yg bebas, adil dan telus sepenuhnya itu boleh mendatangkan masalah kepada BN? Iaitu terbuktilah memang BN selama ni menang kotor? Kot tak, masakan depa takut benar dengan BERSIH?
Malah, tak keterlaluan dikatakan bahawa BERSIH begitu diterima oleh masyarakat yang bijak dan professional serta paling diingati. Buktinya setiap kali aku berjalan kaki, ramai je umat tak kira apa bangsa menegur aku sambil menunjukkan tanda isyarat "bagus". Tak kurang yang menyapa aku dengan kata2, "steady bang, kita lawan untuk hak kita". Malah, ada seorang wanita cina yang agak berusia menegur aku dengan berkata, "hey...this is that Unit Amal guy who guide us at Dang Wangi, right? We are all indebted to you and ur Amal team." Terharu seh bila org ingat aku lagi. Bila kami nak berpisah, ah so itu melaungkan "PAS for all, ALWAYS!" Dan aku membalas dengan "Allahu Akbar!"
Inilah yang UMNO BN takutkan. Sempadan sentimen perkauman yang depa tanamkan selama 54 tahun siki demi sikit melebur. Cina dan India zaman sekarang bukan mcm dulu. Depa jauh lebih bijak dan matang, serta orang tua2 depa lebih terbuka menerima perubahan. Perkara yang sama tak begitu boleh dibicarakan terhadap orang Melayu. Di saat generasi muda depa meraikan sahabat2 kaum lain, masih ada segelintir orang tua2 yang masih berpegang kepada sentimen perkauman pekat - "cina ni bukan boleh percaya sangat" "lama2 kepala melayu kena pijak" seumpamanya. INILAH DIDIKAN UMNO.
Didikan inilah yang ditanam sekian lama hinggakan perkara seperti BERSIH pun dijadikan agenda perkauman. "Melayu sama melayu bergaduh, cina tepuk tangan". Cina semua tepuk dahi baca statement ni. Berapa ramai cina yang turun dan hadap tear gas masa 3.0? Jawab sendiri. Even ada amoi yang beli makanan kat kedai aku pun siap tanya aku "Ustaz, u ada turun BERSIH 3.0 ke? Saya satu family dengan papa n mama semua turun".
Sesungguhnya, inilah lembaran sejarah yang hebat. Sejarah kini mencatatkan tarikh 709 dan 428 sebagai tarikh2 keramat kebangkitan rakyat menuntut hak depa seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Insya Allah, perjuangan ini akan membuahkan hasil yang bagus untuk kita. Biarkan darah itu terus mengalir, kerana itulah saksi perjuangan kita.
Posted by Fais Al-Hajari
demonstrasi/perhimpunan bukanlah jalan terbaik dalam kita memperjuangkan sesuatu walaupun ianya sememangnya benar dimata hati kita... tiada program/majlis/keramaian yang mampu berlangsung dengan jayanya seperti didalam aturan yang direncana, oleh itu mengapa kita perlu menggunakan cara/kaedah ini dalam memprotes/membantah sesuatu..??? renungkan & kita fikirkan bersama...
1malaysia takbirrr.....
Subscribe to:
Posts (Atom)































